Sambutan High School Musical 2

Tayangan terulung filem ini pada 17 Ogos 2007 memecah rekod dengan meraih 17.2 juta penonton[2], menjadikannya siaran televisyen kabel asas yang terlaris dalam sejarah (pemegang rekod sebelum ini ialah Monday Night Football oleh ESPN pada 23 Oktober 2006 yang meraih 16 juta penonton), filem yang dibikin untuk televisyen kabel tyang paling ramai penonton dalam sejarah (memintas Crossfire Trail oleh TNT pada 21 Januari 2001 yang meraih 15.5 juta penonton), dan bilangan penonton teramai di kalangan semua jenis rancangan dalam mana-mana kaedah penyiaran pada musim panas 2007, serta juga malam Jumaat setelah lima tahun. Perangkaan untuk tayangkan kedua menyusut kepada 8.4 juta orang penonton, dan tayangan ketiganya 7.4 juta, maka jumlah perangkaan sepanjang hujung minggu tayangan perdana ialah 33.04 juta orang penonton[6].

Di United Kingdom, filem ini menjadi rancangan yang paling ramai penontonnya di Disney Channel UK iaitu 1.2 juta orang pada tayangan pertamanya[7].

Berikutan hujun minggu tayangan perdana filem ini, High School Musical 2 naik 442% dalam MovieMeter IMDB yang mengukur populariti filem-filem.[8]

Filem ini juga banyak disambut baik oleh pengulas filem, dan meraih markah 72/100 di Metacritic.[9] Robert Bianco dari USA Today memberi tiga daripada empat bintang untuk filem ini, dengan mengulas bahasa High School Musical 2 "manis, cerdik, padat dengan bakat dan tenaga, dibanjiri kemurnian hati".[10]

Meskipun para pengulas beguitu menggemari filem ini, namunmendapati bahawa penjadualan masa tayangan perdana filem ini nampak pelik, iaitu diadakan sewaktu musim sekolah baru bermula di Amerika, sedangkan plot filem melihatkan watak-wataknya merancang cuti musim panas.

Rujukan

WikiPedia: High School Musical 2 http://www.disneychannel-asia.com/DisneyChannel/or... http://www.disneychannel.com/highschoolmusical2 http://psc.disney.go.com/disneychannel/originalmov... http://www.imdb.com/title/tt0810900/ http://www.metacritic.com/tv/shows/highschoolmusic... http://ca.today.reuters.com/news/newsArticle.aspx?... http://star-ecentral.com/news/story.asp?file=/2007... http://www.timeout.com/newyork/article/15732/high-... http://www.tmz.com/2007/02/09/high-school-musical-... http://www.usatoday.com/life/television/news/niels...